7 Jun 2014

Salah laku jalan raya


Apakah erti salah laku jalan raya? Salah laku jalan raya bermaksud kesalahan tindak tanduk pengguna jalan jalan raya sama ada yang memandu, menunggang, melintas jalan yang boleh membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks ini, salah laku jalan raya biasanya dikaitkan dengan sikap pengguna jalan raya sendiri bukan kemahirannya yang menjadi permasalahan.

Bentuk salah laku jalan raya ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian :
    • Kecuaian memandu
    • Memandu secara terburu-buru
    • Keganasan jalan raya 

  • 1) Kecuaian memandu - kelalaian yang dilakukan ketika memandu
-Kecuaian memandu ini merupakan satu kesalahan. Ini adalah kerana ia mendatangkan keburukkan bukan sahaja kepada pemandu itu sendiri, malahan melibatkan nyawa pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.

  • 2) Memandu secara terburu-buru - memandu dalam gaya yang cepat atau ingin bergegas-gegas.
-Perkara ini boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan, yakni kerana tindakan mereka yang memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

  • 3) Keganasan jalan raya - tindakan mencederakan orang lain yang berlaku di antara pengguna jalan raya itu sendiri
-Perkara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh akibat daripada berlaku ganas di jalan raya sehingga mengorbankan nyawa orang lain.

Menyedar hakikat di atas, salah laku jalan raya ini amat jelas berkait rapat dengan sikap pengguna jalan raya sendiri. Pihak yang berkenaan perlulah mengambil pendekatan yang menyeluruh agar budaya ini dapat dibendung. Di sini saya ingin tegaskan bahawa pengguna jalan raya seharusnya menjaga etika dan lebih berbudi bahasa serta mengelakkan segala kemungkinan untuk terjebak dalam kemalangan jalan raya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan