4 Jul 2014

Statistik Kemalangan Jalan Raya di Malaysia


Kemalangan jalan raya di Malaysia telah mengakibatkan insiden kematian iaitu kemalangan maut. Statistik kemalangan jalan raya di Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 50% mangsa kemalangan terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20-35 tahun. Hal ini akan memberikan kesan kepada produktiviti tenaga kerja negara yakni kerana mereka yang berumur dalam lingkungan 20-35 tahun adalah golongan yang paling produktif daripada segi tenaga kerjanya. Jika kita perhatikan jadual di bawah, dalam tempoh 1995-2010, bilangan kemalangan jalan raya telah bertambah sebanyak 251,930 kemalangan. Angka kematian turut bertambah iaitu peningkatan sebanyak 1160 kematian. Ini akan memberikan implikasi kepada kemajuan negara jika kemalangan maut yang menaik secara mendadak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan ini berterusan.

Tahun
Jumlah Penduduk
Kenderaan Berdaftar
Jumlah Kemalangan
Mangsa Kemalangan
Jumlah Kematian
1995
20,096,700
6,802,375
162,491
52,152
5,712
1996
21,169,000
7,686,684
189,109
53,475
6,304
1997
21,665,600
8,550,469
215,632
56,574
6,302
1998
22,179,500
9,141,357
211,037
55,704
5,740
1999
22,711,900
9,929,951
223,166
52,937
5,794
2000
23,263,600
10,598,804
250,429
50,200
6,035
2001
23,795,300
11,302,545
265,175
50,473
5,849
2002
24,526,500
12,068,144
279,711
49,552
5,891
2003
25,048,300
12,819,248
298,653
52,741
6,286
2004
25,580,000
13,828,889
326,815
54,091
6,228
2005
26,130,000
15,026,660
328,264
47,012
6,200
2006
26,640,000
15,790,732
341,252
35,425
6,287
2007
27,170,000
16,813,943
363,319
33,999
6,282
2008
27,730,000
17,971,901
373,071
32,274
6,527
2009
28,310,000
19,016,782
397,330
31,417
6,745
2010
28,910,000
20,188,565
414,421
28,269
6,872
Sumber: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia / iMoney 

9 Jun 2014

Tanda Isyarat Lalulintas (2)

II) TANDA ISYARAT LALULINTAS LARANGAN

7 Jun 2014

Salah laku jalan raya


Apakah erti salah laku jalan raya? Salah laku jalan raya bermaksud kesalahan tindak tanduk pengguna jalan jalan raya sama ada yang memandu, menunggang, melintas jalan yang boleh membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks ini, salah laku jalan raya biasanya dikaitkan dengan sikap pengguna jalan raya sendiri bukan kemahirannya yang menjadi permasalahan.

Bentuk salah laku jalan raya ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian :
    • Kecuaian memandu
    • Memandu secara terburu-buru
    • Keganasan jalan raya 

  • 1) Kecuaian memandu - kelalaian yang dilakukan ketika memandu
-Kecuaian memandu ini merupakan satu kesalahan. Ini adalah kerana ia mendatangkan keburukkan bukan sahaja kepada pemandu itu sendiri, malahan melibatkan nyawa pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.

  • 2) Memandu secara terburu-buru - memandu dalam gaya yang cepat atau ingin bergegas-gegas.
-Perkara ini boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan, yakni kerana tindakan mereka yang memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

  • 3) Keganasan jalan raya - tindakan mencederakan orang lain yang berlaku di antara pengguna jalan raya itu sendiri
-Perkara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh akibat daripada berlaku ganas di jalan raya sehingga mengorbankan nyawa orang lain.

Menyedar hakikat di atas, salah laku jalan raya ini amat jelas berkait rapat dengan sikap pengguna jalan raya sendiri. Pihak yang berkenaan perlulah mengambil pendekatan yang menyeluruh agar budaya ini dapat dibendung. Di sini saya ingin tegaskan bahawa pengguna jalan raya seharusnya menjaga etika dan lebih berbudi bahasa serta mengelakkan segala kemungkinan untuk terjebak dalam kemalangan jalan raya. 

6 Jun 2014

Iklan Keselamatan Jalan Raya



Walaupun iklan ini barangkali sudah dilupakan orang, akan tetapi pengisiannya cukup mendalam untuk memberikan peringatan kepada pengguna jalan raya.

4 Jun 2014

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya


Peribahasa sudah terhantuk baru terngadah amat sebati dengan sikap rakyat Malaysia kini yang acap kali memandang remeh terhadap peraturan jalan raya yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan. Isu-isu mengenai kemalangan jalan raya kerap kali terpampang di dada-dada akhbar setiap musim perayaan. Fenomena ini semakin hari semakin menjadi-jadi malah menjadi salah satu punca kematian di negara kita ini. Apakah kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya?

1) Memberikan panduan kepada kita ketika di jalan raya.
2) Menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah.
3) Memastikan pemanduan di atas jalan raya berjalan dengan lancar.
4) Memberikan contoh yang baik kepada pengguna jalan raya yang lain.
5) Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya.

Akhirul kalam, setiap pengguna jalan raya haruslah memainkan peranan dengan mematuhi peraturan-peraturan dan papan-papan tanda jalan raya agar kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Sesungguhnya, personifikasi 'tidak berbau' amat sesuai dengan perkataan malang yakni kerana kecelakaan sering datang tanpa diundang.